Klik iklan nie yer . ..

Perpaduan Asas Kekuatan.


Isu ini saya keutarakan kerana melihat dari sudut konteks kejiranan terutamanya di kawasan perumahan. Jika satu ketika dulu negara kita boleh berbangga kerana mempunyai rakyat yang bersatu padu, mengamalkan tolong menolong, hidup bergotong royong dan banyak lagi. Akan tetapi, amalan itu semua telah dihakis oleh kehidupan yang mementingkan diri sendiri. Pekara ini sepatutnya tidak terjadi dikalangan masyarakat kita.


Kekuatan perpaduan dikalangan masyarakat amat penting terutamanya hidup di kejiranan perumahan. Hidup bermasyarakat ini amat menyeronokan. Lebih ramai komuniti kita, lebih meriah. Akan tetapi, pengalaman yang saya lalui dan lihat dapat membezakan orang kaya dan golongan bawahan. Jika kita kata orang kaya ini suka hidup mementingkan diri satu ketika dahulu, ia tidak lagi pada masa sekarang. Golongan kaya ini telah sedar akan kehidupan seperti itu tidak mendatangkan pekara kebaikan. Ini saya dapat lihat dengan jelas semasa saya menetap di Kuala Lumpur, dimana saya tinggal dikejiranan yang mundur dan berhampiran kejiranan golongan-golongan elit.


Golongan-golongan elit kini lebih terarah kepada hidup bersatu padu. Sebagai Contoh, pada setiap minggu mereka mengadakan aktiviti beriadah samada bergotong royong atau bersukan. Tetapi sebaliknya di kejiranan saya, semangat ini tidak ada. Masing2 membuat aktivit sendiri tanpa mepedulikan komuniti samada jiran membuat majlis kahwin, gotong royong, dan sebagainya. Sambutan begitu tidak menggalakkan.


Persoalannya, mengapakah pekara seperti ini terjadi kepada golongan bawahan. Kenapa kesedaran tidak wujud dikalangan mereka berbanding golongan elit yang sedang berusaha memperbaiki keadaan? Apakah yang sedang berlaku dalam kitaran masyarakat kita? Hendakah kita melihat keruntuhan perpaduan di kalangan golongan bawahan yang sudah tentu terlibat dengan pelbagai delima seperti keruntuhan institusi kekeluargaan, gejala moral dikalangan mereka? dan Bagaimana kita hendak mengubah mereka supaya menuju kepada jalan kebenaran. Diharap, kita semua mendapat kerahmatan dari Allah S.W.T bukan saja untuk golongan bawahan bahlan seluruh umat dunia.


"Perpaduan Menjamin Kesejahteraan"

1 comments:

Saudara perihatin said...

betul apa yang diperkatakan, trend hidup bersatu padu ini makin terhakis dikalangan orang bawahan. Tetapi sebaliknya golongan atas semakin menunjukan perubahan dan bersatu.