NuffNag

Nilai-nilai Murni (part 1)


1. Ideally sebelum masuk tandas - baca doa sebelum masuk tandas - dan tutup kepala - pakai kopiah ke / topi ke / tudung dengan baju ke etc. / tutup dengan tangan ke etc

2. Lepas tu baca Bismillah

3. Lepas tu masuk dengan kaki kiri

4. Gunakanlah selipar dalam tandas tu. Alas kaki kat tandas ni sunnah.

5. Lepas tu the best is cangkung kalau Indian toilet. Kalau tidak duduk on English toilet or buat macam knee-bent standing position lah. Tapi apa-apa hal pun - jangan kencing berdiri atau cangkung atas English toilet macam Spiderman. Bukan apa - takut terjatuh / terseliuh / kaki masuk dalam lubang jamban / toilet bowl pecah - boleh luka teruk - porcelain tajam mengalahkan pisau tajam. Boleh koyak daging peha sampai ke tulang. Na'udzubillah.

6. Yang problem zaman sekarang ni ialah lubang jamban tu ada air - so the best thing is, kalau ada - ambik toilet roll sikit atau tissue dan lapik dalam lubang jamban tu supaya jadi macam sponge / buffer so that bila kencing tak splash. Kinetic energy dari projectile kencing tu akan diserap InshaAllah.

7. Jangan lak masa dok kencing tu menyanyi atau bercakap atau borak on handphone. Syaitan suka benda-benda macam ni. Tandas ni tempat Syaitan romen dan berkumpul.

8. Masa kencing tu pastikan anu aim betul-betul. Elakkan splash.

9. Bila dah habis tangki kencing dalam bladder - urut lah anu tu sampai titisan-titisan terakhir. Yakni lakukanlah istibra' - kat bawah telur tu ada urat between telur dan lubang pungkuk - urutlah dia ke atas dan ke kiri / ke kanan - sambil buat semua ni, pastikan ada benda kesat pengesat e.g. tissue kat lubang anu - supaya boleh serap titisan-titisan terakhir.

10. Sambil buat proses urut / istibra' ni - berdehem lah. Berdehem ni bukan batuk - tapi bunyi batuk yang keluar apabila the diaphragm i.e. bawa peparu is forced down to create momentum and inertia etc. dan ini akan bantu untuk buang air kencing yang tinggal sikit-sikit tu. Berdehem lah tiga kali at least.
11. Lepas kesat dengan tissue semua - buang dan basuhlah anu dengan telur sekali.

12. Bagi sesiapa yang start amalkan kencing cara sunnah ni akan perasan bahawa spender hang tak akan hancing lagi InshaAllah. This is because- kalau ikut style Elvis - the remaining air kencing yang tertinggal akan turun dari dalam tube kencing masa kita buat kerja - a few minutes / seconds after leaving the toilet.

13. Finally, keluarlah tandas dengan kaki kanan dulu dan baca doa keluar tandas di luar tandas. Muzakarah Cara Kencing Ni penting. Sapa Tak Jaga Najis Kencing - Seksa Kubur Menantinya. (Mafhum Riwayat Hadith) Sapa kat Kubur kong. Kat Padang Masyhar pun akan kong. Dan kat Nerakalah tempat dia. Na'udzubillah.Moga Manfaat InshaAllah.

-- [dipetik dari Abu Khadijah Damansari to The Revivalry of Traditional Islam]

Antara Engkau dan Aku


Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…

Pantun Mari Sembahyang


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!

Renung2kan Dan Selamat BeramaL...
Yg. Baik tuh dari ALLAH, yg. Buruk tuh Dari kite sume arrr.....

Peace



Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ni telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!! Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda
“Law of Fives” (Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)


SOMBONG


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." Maka seseorang berkata: "Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?" Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong." -
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya." - (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni'matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi."

Surah Luqman; ayat 18;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri."