Klik iklan nie yer . ..

Aku Terima Nikahnya . . .


Secara dasar, Aku Terima Nikahnya adalah catatan nasihat dan pengalaman peribadi Ustaz Hasrizal. Saya cukup kagum dengan penyampaian Ustaz yang saya rasa tak sakit hati, sakit otak atau pening kepala untuk dikongsikan.

ATN memberi pesan bagaimana seharusnya konsep perkahwinan itu perlu difahami oleh mereka yang berhajat kepadanya. Ia satu konsep yang teramat penting dalam pembentukan peribadi dan perilaku seorang Muslim - kalau tidak masakan Rasulullah SAW berpesan bahawa perkahwinan itu adalah pelengkap separuh daripada keimanan kita kepada Allah?

Ramai yang melihat perkahwinan sebagai tiket untuk menghalalkan persetubuhan. Namun, perkahwinan membawa maksud yang lebih jauh daripada itu. Kehalalan hubungan intim itu tidak lebih daripada "perks of a marriage". Selebihnya ia menuntut kesefahaman, keterbukaan, saling menyokong antara satu sama lain demi menempa satu maksud yang maha mulia - Mencari dan menuju keredhaan Allah SWT.

Perkahwinan juga adalah satu usaha dalam memberi nilai tambah kepada perhubungan manusia dengan Allah - fitrah manusia untuk berpasangan, serta perhubungan manusia dengan manusia - meluaskan perhubungan persaudaraan melalui perkahiwinan. Ia adalah satu madrasah yang boleh mendidik manusia bagaimana untuk memperelokkan muamalat sesama insan, yang terhias bersama adab-adab yang manis - perhatikan bagaimana dianjurkan proses merisik, bertunang dan berkahwin. Yang lebih penting, madrasah tadi berupaya melahirkan graduan-graduan cemerlang di dunia dan di akhirat.

Perkahwinan bagi mereka yang telah memperolehinya adalah antara nikmat terbesar yang dianugerahkan Allah. Bajailah ia dengan penuh kemurnian dan kesempurnaan Islam itu. Apabila berkahwin, anda telah mendapat separuh daripada iman - yang mana separuh lagi perlu anda cari dengan amal soleh yang lain. Sentiasa bersyukur.

Bagi yang belum bertemu jodoh (nasihat untuk diri saya juga) - ingatlah, bahawa Allah tidak pernah mungkir dengan kata-kataNya bahawa manusia ini diciptakan berpasang-pasangan. Pohonlah janji Allah itu lewat munajat kita. Kalau sampai saat ini belum ketemu, ketahuilah bahawa Allah masih mahu mendidik kita supaya kita lebih bersedia apabila tiba masanya. Jangan bersedih.

Bagi kengkawan yang akan melangsungkan perkahwinan, diucapkan tahniah dan semoga perkahwinan kalian diredhai Allah S.W.T hendaknya.


Sekian, terima kasih.

3 comments:

Safirul Amar said...

aku terima nikahnye Mohd Mohairi bin Azrul Ehsan dengan Mas Kawin 1001 tunai.

Selamat Pengantin baru beb!!!!

Born Of Truth said...

apa der amar sengal

Safirul Amar said...

sengal eaaa...jge baik!!