Klik iklan nie yer . ..

Bercinta Sampai Ke Syurga


Membaca buku dakwah ini seolah-olah bercerita dan mendengar cerita daripada Ustaz Hasrizal sendiri.Persoalan cinta sebelum berkahwin, sesudah kahwin, budaya couple diulas cukup harmoni sesuai dengan pengalamannya sebagai Imam Belfast suatu ketika dahulu.Pernah menjadi kaunselor di IJN juga pasti mendedahkan penulis dengan pelbagai karenah dan kisah manusia.lantas diterjemahkan segala pengalaman dan cerita kisah jodoh dan pertemuan manusia.Unsur dakwah dan tarbiah akan turut diseiringkan dengan setiap kupasan cerita .

persoalan tangungjawab suami dan isteri, perbezaan lelaki dan perempuan dikupas dengan menarik tanpa mengguris mana-mana hati.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bentuk buku dakwah sebegini iaitu gaya penceritaan santai merupakan gaya buku yang mula mendapat tempat di mata anak-anak muda zaman ini.

Bercinta di alam kampus? bolehkah bercinta sebelum kahwin? Bapa ideal ibu mithali? bercinta mengapa tidak berkahwin?

Bagi yang ingin berumahtangga, nah! ini buku bagus untuk ditelusuri.Bagi yang sudah berkahwin, mempunyai anak pula tu, buku ini bagus untuk muhasabah tanggungjawab masing-masing.

Remaja dan belia khususnya menjadi target utama membaca buku ini.Manakala ibu-bapa , suami isteri juga harus memiliki buku travelog dakwah hebat ini.

4 comments:

hrmk said...

macam bagus je...

sebab penulis meluahkan segala experience dalam buku tue.

Born Of Truth said...

betul, kalo nak sewa bleh aja ... Dia mmg ceritakan pengalaman dia.

:::jillian de jill::: said...

ada jual online tak?

Born Of Truth said...

xillix axillixa -----> ada jual, klik sini utk maklumat lanjut http://buku2008.wordpress.com/galeri-ilmu/