Klik iklan nie yer . ..

Program Penurunan Berat Badan


Obesiti diklasifikasi apabila indeks BMI anda melebihi 25. manakala BMI ditentukan dengan berat badan dan ketinggian anda, iaitu berat (kg) dibahagi dengan tinggi (m). Namun dengan anggapan anda mempunyai ketinggian 170-175cm berat 120kg , maka dianggarkan juga BMI anda adalah dalam sekitar 40 dan berat badan anda disasarkan pada 68-76kg.

Maka jua sewajarnya anda mengambil insiatif utk mengamalkan program penurunan berat badan kerana obesiti dikaitkan dengan penyakit-penyakit gangguan metabolik.
Secara amnya juga berikut adalah di antara beberapa cadangan di dalam membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.

a) Tingkatkan aktiviti fizikal anda bertujuan membakar lebihan kalori. Disarankan aktiviti fizikal 20-30 mint 3 hingga 4 kali seminggu.
b) Amalkan pemakanan sihat dan seimbang seperti;
1) Makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
2) Tingkatkan pengambilan fiber dalam sayur-sayuran, buahan serta dalam oatmeal,oat, dhall,wholemeal dll. sumber ini memberi rasa kenyang pada anda dan dapat membantu anda mengawal kuantiti makanan yang diambil selain mengelakkan anda cepat rasa lapar
3) Hadkan juga makanan yang tinggi kandungan lemak.ternyata dalam minyak,lelmak daging dan santan.
4)Elak mengambil makanan ketika anda sedang stress kerana sesetengah keadaan, stress juga boleh menyebabkan anda mengambil makanan yang berlebihan.
5)Elak keadaan-keadaan lain yang boleh menggalakkan anda mengambil makanan secara berlbihan seperti makan sambil menonton tv/games
6)Amalkan mengunyah dengan perlahan.Nikmati makan anda dan jangan tergesa-gesa hendak menghabiskannya.
7)Tiada limitasi dalam pengambilan cecair/minuman. Amalkan minuman kurang kalori seperti air kosong atau minuman yang dikurangkan manisnya.Gula dan manisan juga boleh menyumbang kepada lebihan kalori anda.
Sekian.Semoga ringkasan/garis panduan ini membantu anda.

Artikel nie ada kaitan ngan aku, huhuhu . . . bleh ker aku berjaya melakukannya.

Terima kasih.

MyHEALTH

3 comments:

norman jr said...

entah..boleh ke?

Born Of Truth said...

boleh la, ooo . . slalu ko kutuk aku gemuk, aku kurus nnt siap la ko. Hahahaha

:::jillian de jill::: said...

ha ha ha... patutlah ada org pepagi buta dh gi jogging!!!