Klik iklan nie yer . ..

Perjudian, berjudi dan memperjudikan . ..


Perjudian adalah permainan di mana pemain bertaruh untuk memilih satu pilihan diantara beberapa pilihan dimana hanya satu pilihan saja yang benar dan menjadi pemenang.. Pemain yang kalah taruhan akan memberikan taruhannya kepada si pemenang. Peraturan dan jumlah taruhan ditentukan sebelum pertandingan dimulai.

Undian dapat dipandang sebagai perjudian dimana aturan mainnya adalah dengan cara menentukan suatu keputusan dengan pemilihan acak. Undian biasanya diadakan untuk menentukan pemenang suatu hadiah.

Contohnya adalah undian di mana peserta harus membeli sepotong tiket yang diberi nomor. Nomor tiket-tiket ini lantas secara acak ditarik dan nomor yang ditarik adalah nomor pemenang. Pemegang tiket dengan nomor pemenang ini berhak atas hadiah tertentu.

Jika kita lihat, kesan judi ini begitu teruk kepada seseorang itu. Ini kerana, seseorang yang menang dalam pertaruhannya akan memberi impak yang lebih jauh dasyat kepada semua orang. Sebagai contoh, jika seseorang menang, dia akan mendapat duit, duit itu pula meraka akan gunakan untuk berfoya-foya dengan meraikan dengan meminum arak, setelah itu mereka mungkin akan melacur perempuan dan akhirnya seseorang itu akan lalai dan mengabaikan rumah tangga atau keluarga dan effect akhir skali akan timbul dalam keluarga seperti pergaduhan.

Kesan lain berjudi kepada masyarakat antaranya ialah:

  1. Menimbulkan permusuhan
  2. Memakan sumber rezeki yang haram
  3. Menggalakkan penipuan
  4. Merenggangkan hubungan kekeluargaan.
  5. Memutuskan silaturrahim
  6. Menggalakkan berhutang
  7. Merunsingkan pemikiran.



3 comments:

Minister Of Mind said...

orang kata perkahwinan itu satu perjudian...

haramkah?

Born Of Truth said...

Minister Of Mind ---> “Perkahwinan itu adalah satu ‘perjudian’ yang boleh dimenangi”. Perjudian itu biasanya kan berdasarkan nasib? Sebab itulah ia diharamkan!

Pada pandanganku, bila berkahwin, kita berserah pada Allah bahawa dialah pasangan kita seumur hidup. Siapa yang sebelum kahwin yakin bahawa inilah pasanganku? Tidak ada kan?. Kita tidak pernah tahu itu. Kerana ia adalah ketentuan Allah di Luh Mahfuz, yang tercatat sebelum kelahiran kita lagi. Walaupun hakikat itu sukar ditanggap rasio kita yang maha lemah ini, tetapi hakikat itu teramat mudah bagi Allah Ta’ala.

Itukan pasrah namanya? Berserah pada Allah setelah berusaha meminta redhanya lewat istikharat mahupun solat hajat. Kita perjudikan masa depan untuk bersamanya. Tetapi Islam sebagai ‘way of life’ telah memberikan garis panduan bagaimana mahu memenangi ‘perjudian’ ini. Kajilah Al-Quran dan Sirah Rasulullah. Anda akan mendapat panduan bagaimana membahagiakan isteri, bagaimana pula si isteri menjadi permata hati suami. Teringat satu lagi Hadith Nabi yang mafhumnya: yang terbaik antara kamu ialah yang paling baik kepada pasangannya dan keluarganya.

* Ps: Jgn ler perjudikan isteri sbb mmg kaki judi. Dah kalah isteri jadi hadiah judi.

mak nomi said...

perjudian memabukkan ke?